Tuesday, May 19, 2009
Bergembira Ketika Berbadan Dua
3 malam yang lalu, kami sekeluarga diajak oleh suami ke Carrefour Wangsa Maju, alasan si suami "Awak kata nak cari Juice Extractor?"..hihii... nak gelak pun ada, kalau berduit lakiku itu mmg suka jenjalan... anak2 pon kan main suka la sebab dah lama tak ke sana... akhirnya, Sonata kami memang menuju ke Wangsa Maju lepas Maghrib.... mula2 tengok2 aje.. tapi nak bandingkan dengan Juice Extractor kat Tesco dan Giant, kat sini lebih kualiti rasanya..jadi saya pun membelek2 laa mesin yang agak lasak dan bersesuaian harga.. paling lasak Panasonic Rm399.00 tak termampu pula rasanya nak membelinya, bukan nak berniaga jus buah-buahan pun.. belek2 yang satu lagi, berkenan pada jenama Kenwood ni, boleh tahan jugakla lasaknya dan harga jauh lebih murah Rm229.00. Ada promosi katanya. Cik Wan suamiku itu kata kalau dah berkenan toksah pikir lama2, nanti malam pun tido mimpi2 Juice Extractor Kenwood... terus la amik.. bayar keluar dari Carrefour terserempak dengan jurujual awek Cina sorang ni.. dia tawarkan saya pakej kuruskan badan... wah.. mentang2 saya berisi, ada saja tawaran kuruskan badan.. dengan hormat saya balas semula, ke awek tu, "Sorry, I am pregnant!" merah padam gak la muka dia, dengan tak malunya dia tawarkan vitamin untuk bayi dalam perut lak.. nak cover malu kata Cik Wan tu...tapi saya menolak la sudah tentu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment