Monday, September 14, 2009

Sayangi Anak-anak Anda


Lihat dari kaca mata anak-anak ini..mereka memang golonga-golongan yang tidak akan menipu kita... Aku nak buat posting tentang anak-anak memandangkan merekalah yang akan mewarisi apa yang kita ajarkan..
Malam tadi masa nak tidur, aku memang dah hampir terlena tiba-tiba terasa bahuku diusap lembut oleh tangan kecil... Rupanya anak lelaki aku si Faiz, membentangkan selimut di badanku, sambil mengusap-usap badanku.. Dilakukan perkara yang sama ke atas ayahnya dan kakaknya..
Terpikir pulak aku, apa yang difikirkannya sehingga mampu melakukan perkara sedemikian pada umur yangkurang dari 5 tahun. Segala-galanya hanya berdasarkan rasa sayang.. sayang kepada mamanya, sayang kepada ayahnya dan sayang kepada kakaknya.. Sebab itu dia mampu melakukannya..
Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya berfikir seperti anak-anak kecil ini.. tunjukkan kasih-sayang mu selagi ada hayat.. aku memang terharu dengan perlakuan anak kecil ku itu... aku memang berharap agar kasih-sayang yang aku curahkan tidak pernah tidak mencukupi... karena sebagai ibu bapa, kita wajib menyayangi anak-anak kita kerana mereka pada usia mentah sudah tau dan dah pandai untuk memberitahu kita tentang kasih dan sayang...