cuma semalam, bila kami naik dari KLCC ke Gombak, suami saya menggesa saya duduk belum habis disuruh, tempat duduk dah diisi oleh awek cun.. saya kata kat suami, mungkin baru seminggu pregnant kot.. tiba di beberapa stesen lain, ada tempat duduk kosong, belum sempat saya melangkah, seorang lelaki yang gagah perkasa melabuhkan punggungnya... saya bagi komen tam sempat pada suami... suami saya bagi remark "nak saya halau semua org bangun ke..?" saya senyum je sambil melawak orang lelaki sekarang ramai yang pregnant...
Thursday, May 21, 2009
Naik LRT Berbadan Dua
Memang tak dinafikan la mentaliti masyarakat Malaysia, terutamanya di Bandar Raya Kuala Lumpur ni KEBANYAKKANNYA hanya mementingkan dir sendiri je.. dan saya tau ramai yang bersetuju dengan kenyataan saya ni.. saya dan suami adalah pengguna tetap LRT Aliran Kelana Jaya untuk ke tempat kerja hari-hari.. macam-macam perangai dan tabiat pengguna kemudahan awam ni yang banyak kami kongsi bersama.. sebelum saya mula berbadan dua, saya tak kisah sama ada saya dapat duduk atau pun tidak, tapi kadang2 kami suami isteri tergelak kecil (+termengumpat) melihat gelagat lelaki2 (yang sepatutnya gagah perkasa) berebut tempat duduk yang sangat terhad itu dengan orang-orang perempuan.. ada sepasang suami isteri yang dah lama kami perhatikan.. tidak seperti kami, si isteri akan menunggu di pintu yang lain, si suami akan menuggu di pintu sebelahnya... naik hairan juga kami mulanya.. setelah beberapak lama diperhati, rupanya si isteri akan merebutkan tempat duduk si suami..(si isteri PANDAI BEREBUT ye.. harus diingat!) bila ada tempat duduk, si isteri bangun dan berikan tempat duduknya untuk suami.. pelik! nak kata suami OKU, nampak segar aje.. dan boleh pula memandu Honda Civic versi baru tanpa LOGO OKU.. pelik..pelik... pernah sekali LRT meragam, si isteri menjerit mengingatkan penumpang lain supaya memberi laluan kepada suaminya dengan alasan suami dah lewat... alahaiiii...... orang lain pun dah nak lewat gak cik kak!
Tuesday, May 19, 2009
Bergembira Ketika Berbadan Dua
3 malam yang lalu, kami sekeluarga diajak oleh suami ke Carrefour Wangsa Maju, alasan si suami "Awak kata nak cari Juice Extractor?"..hihii... nak gelak pun ada, kalau berduit lakiku itu mmg suka jenjalan... anak2 pon kan main suka la sebab dah lama tak ke sana... akhirnya, Sonata kami memang menuju ke Wangsa Maju lepas Maghrib.... mula2 tengok2 aje.. tapi nak bandingkan dengan Juice Extractor kat Tesco dan Giant, kat sini lebih kualiti rasanya..jadi saya pun membelek2 laa mesin yang agak lasak dan bersesuaian harga.. paling lasak Panasonic Rm399.00 tak termampu pula rasanya nak membelinya, bukan nak berniaga jus buah-buahan pun.. belek2 yang satu lagi, berkenan pada jenama Kenwood ni, boleh tahan jugakla lasaknya dan harga jauh lebih murah Rm229.00. Ada promosi katanya. Cik Wan suamiku itu kata kalau dah berkenan toksah pikir lama2, nanti malam pun tido mimpi2 Juice Extractor Kenwood... terus la amik.. bayar keluar dari Carrefour terserempak dengan jurujual awek Cina sorang ni.. dia tawarkan saya pakej kuruskan badan... wah.. mentang2 saya berisi, ada saja tawaran kuruskan badan.. dengan hormat saya balas semula, ke awek tu, "Sorry, I am pregnant!" merah padam gak la muka dia, dengan tak malunya dia tawarkan vitamin untuk bayi dalam perut lak.. nak cover malu kata Cik Wan tu...tapi saya menolak la sudah tentu!
Thursday, May 14, 2009
My Other Side of Story
this blog has nothing to do with food as I guess I do have many thoughts from what I see, what I hear and what I learn from others living around me... one way to remind myself I guess!
u think you enjoy, u share, u think u do not agree, don't bother to come back...
Subscribe to:
Posts (Atom)